CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Learn Live Hope

Friday, September 26, 2008

Duit Raya Pertama

Belum raya lagi kakak n adik dah dpt duit raya.Opismate aku yg bagi...


notis penutup: tima kasih byk2...

Salam Aidilfitri

Sempena hari raya yang bakal menjelma ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog saya ini.
Mintak mAaf seAndaiNyer...
terKasaR baHaSa
teRmarAh yg tAk keNa
terTanYer taK teNtu hAla
terSasul yG taK seNgaJa
terPukUl kaT mAna-Mana
teRpekik kat teLinga
TerhantUk di kepAla
terpinjaM harta Benda
termooDy tak seMena-mena
teruMpat bila-Bila
temacaM-macam lagi laa....
yG ader keNa menGena.
Semoga lebaran ini memberi seribu kemanisan dan keberkatan buat kita semua. Semoga ikatan silaturrahim yang terjalin antara kita bertambah erat.


Ikhlas dari Bie


notis penutup: cuti seminggu, nanti hapdet lagi..

Coklat pulak..

Hari ni aku dpt coklat dr ofismate kat sini..katanye untuk kakak n adik...tima kasih ye..


notis penutup: moga murah rezeki slalu..

Thursday, September 25, 2008

Mud Raya

Esok last day aku keje sebelum cuti raya seminggu...memang berada dlm mood raya ni...tapi kena la clearkan keje dulu sblm cuti panjang kan...

notis penutup: sedaya upaya..

Dapat Biskut Raya

Dapat biskut raya ni pulak...org bagi amik je la..

notis penutup: tima kasih brader..

Wednesday, September 24, 2008

Gift

Hari ni aku dapat gift dari seseorang...cantik..tapi isi dalam x tau sebab x nak bukak dulu, rasa sayang pulak nak bukak, bawak balik dulu lah...


notis penutup: thanx bro..

Tuesday, September 23, 2008

Juadah


Hari ni dapat juadah sumbangan kelab dept aku...


Juadahnye berupa bubur lambuk, kuih bakar, air lee chee kang dan dadih.

notis penutup: terima kasih...


Monday, September 22, 2008

Hobi baru adik

Ni la hobi baru hero aku ni...nak panjat tangga x dpt sebab ada pagar..dia panjat tepi tu sampai atas..pastu dia dok goyang kaki sambil menyanyi lagi...suka betul hati dia dpt panjat camtu....semenjak dua menjak ni bukan main lasak lagi...






notis penutup: terserlah keheroanmu...

Result

Smlm dpt result exam hari tu...syukur dapat result yg menarik...

notis penutup: berbaloi.....happpyy..

Friday, September 19, 2008

Long Lunch

Hari ni jumaat kan...tau x lunch time tadi aku gi mane....makan? (oh tidak, puase ku masih cukup lagi), shoping? (bukan jugak, itu x penting walaupun dah gaji..) ada misi yg lebih penting lagi..ape dia? ni ha....



aku ade test ahad ni utk paper ni....walaupun test je (bukan exam), tapi aku nak score jugak...20% mark dlm final exam nanti....x nak ke? rugi klau x dpt markah byk..maka dgn itu aku gi KMC lunch time tadi...KMC ni library...(nama glamournye Knowledge Management Centre).Best sungguh study kat sini..sunyi je...ape yg dibaca semua bleh masuk kepala hotak..



notis penutup: sronok blajar.......tapi kekadang stress jugak..

Baju Raya Kakak n Adik


Satu plastik aku beli masa sebelum puase, 1 plastik lagi aku beli masa seminggu puase hari tu...yg plastik hitam tu aku beli masa g outstation hr tu...Klau nak beli masa skang nii..adoi...dengan org ramainye...dgn q panjangnye...dgn x de saiznye....tu la sebabnye beli awal2 senang....








notis penutup: rezeki anak2.....

Thursday, September 18, 2008

Semalam punye cite

Smlm, gi berbuka kat luar, kat kedai makan tmn aku jugak...x jauh, jln kaki je..saje, ni 1st time buka kat luar...slalu balik mak aku memang dah siap masak dan aku x pernah beli lauk sebab semuanye sudah tersedia di atas meja...

menunye ialah nasi putih, ikan kerapu masak tiga rasa, sup ekor dan kangkung goreng ikan masin..



lai chee kang yg sedap..


Pas bebuka, balik umah mandi, solat dan kitaorg kelua pulak gi shoping bayu raya aku ngan hubby...tapi hangkut jugak budak 2 org tu...x sempat nak snap gambo sebab sibuk mencuba baju..selesai beli baju.....nak balik singgah pulak ke A & W, saje layan budak bedua tu..



notis penutup: itu je.........

Wednesday, September 17, 2008

Friends

Your Heart is your Love,
Your love is your Family ,
Your family is your Future ,
Your future is your Destiny ,
Your destiny is your Ambition,
Your ambition is your Aspiration ,
Your aspiration is your Motivation ,
Your motivation is your Belief ,
Your belief is your Peace ,
Your peace is your Target ,
Your target is Heaven,
Heaven is no fun without FRIENDS

F - Few
R -Relations
I- In
E - Earth
N - Never
D - Die

notis penutup: just to share....

Iklan Raya

Ingat lagi x iklan raya ni...touching sungguh kan.. tapi video ni cam tersangkut-sangkut skit la.



notis penutup: Utk yg masih mempunyai ibu…sayangilah ibu anda seadanya….kerana bila mereka telah tiada….anda tak mungkin akan dapat penggantinya lagi...

Kata-kata Hikmah

Saje nak share kata2 ni untuk renungan kita bersama...

1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2. Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5. Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
6. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16. Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

17. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19. Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jika pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23. Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata. terbuka belum bererti ia melihat.

24. Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25. Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26. Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

27. Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pasti akan mendatang.

29. Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .

30. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana
bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32. Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati.

33. "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34. "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35. Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci, Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah, Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa), Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36. Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

37. "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair."

38. "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39. "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan"

40. "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41. Hadiah Terbaik Kepada kawan adalah Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

42. "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling berkesan"

43. "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44. "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45. "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

46. "Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari"

47. "Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yang diwarisi dari nenek moyang"

48. "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan
mati tak ber teman."

49. "Lidahmu adalah bentengmu, jika e***** menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika e***** membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

50. "Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri"

51. "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52. "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

53. "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."

54. "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

55. "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan e***** akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan e***** akan mencapai yang tertinggi."

56. "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57. "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

58. "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

59. "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

60. "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

61. "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

62. "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan



notis penutup: ermmm........

Tuesday, September 16, 2008

Kad Raya

Dah 15 hari kita berpuase, so boleh start hantar kad raya pada kengkawan.Smlm aku dpt kad raya online dari sorang kawan ni..maklum la zaman semakin canggih kan..dah x payah pos lagi, hantar online / sms je...pada kwn2 yang nak bagi kad raya online boleh masuk website ni.... http://www.harirayapuasa.com/



notis penutup: ingatkan dah lupe.....

Monday, September 15, 2008

Resepi Dadih

Resepi ni khusus untuk Tipah..dan kwn2 lain jugak yg x pernah cuba buat dadih ni lagi...yg dah pernah cuba mesti tau betapa senangnye buat dadih ni kan...ni nak cite..


Bahan-bahannye adalah:

1 peket dadih segera (cam dlm gamba diatas)
1 tin susu sejat (x kira brand ape..ideal ke, marigold ke, F&N ke, carnation ke, sukati u oll la)
100 gm gula pasir
dan air

dah itu aje....



Cara-caranye pulak boleh tengok kat belakang peket dadih segera tu..ikut je...confirm jadi punye..sekian terima kasih.



notis penutup: slamat mencuba.....



Aktiviti Hujung Minggu

JUMAAT mlm, bawak adik gi gunting rambut.rambut hero aku ni klau panjang nampak cam pompuan plak sebab rambut lurus.mula2 dia ok, lama2 bila dah rimas, dia mula nak menangis.So, cepat2 la tukang gunting siapkan.




SABTU pulak, pagi dok melayan kakak ngan adik kat depan tv tengok cite BARNEY.




SABTU mlm, bawak diaorg gi Giant jap, nak carik barang skit..






ni adalah acara wajib setiap kali ke Giant.




Ahad, cam biasa aku ade klas, ni hari kedua klas di bulan puase...sungguh meletihkan dan mengantuk.nasib baik lecturer aku tu bagi balik cepat.sempat nak berbuka kat rumah.





notis penutup: ..............

Friday, September 12, 2008

Keje

Start keje hari ni setelah 2 hari outstation lagi..banyak jugak keje...tapi sempat jugak gi jln TAR ngan Isma lunch tadi.saje cuci mata....

notis penutup: to be continue on Monday...

Tuesday, September 9, 2008

Bizi

Dah brape hari x update blog...sebabnye kebizian tahap maksimum..dengan outstationnye dan keje yg banyak.maklum la nak raya ni kan..dan disebabkan itu smlm aku balik lambat, maka berbuka dlm bas la jawabnye, nak naik bas ade org bagi air..pastu masa berbuka org sebelah ulur kurma...alhamdulillah...alas perut sblm sampai umah..aku memang x stanby ape2 makanan pun sebab bulan pose ni aku tumpang member naik kete..kitaorg car pool ramai2.sempat la nak berbuka ngan family.klau x tak sempat le..tu la kisah stakat ni...nanti sambung ek..

Thanks pada tipah yg sudi mempromote blog aku ni....jemput2 la baca ye kengkawan...



notis penutup: gunalah masa free sebelum bz.

Wednesday, September 3, 2008

Cuti

Minggu lepas cuti 3 hari sempena hari merdeka.Hari sabtu aku lepak je kat umah sebab hubby keje.Pepagi aku dah bangun buat breakfast.semangat sangat nak masak sebab dah lama aku x masak.maklumla bz ngan keje n study.sementara ada kesempatan cuti ni aku pun buat keputusan nak masak kuey teow goreng utk breakfast pagi tu.


ha...ni dia..


Pas masak kuey teow goreng tu aku pun buat dadih segera ni sebab anak2 aku suka.cam beli kat pasal mlm tu....senang je buatnye..


perasa tembikai susu...sedap

Hari Ahad plak, pepagi tengok perbarisan kat tv.Tengah layan tv, tetiba je kakak pi amik bendera dlm bakul mainan dia.bendera tahun lepas.Oooh...rupenye ade semangat patriotik jugak anak aku sorang ni...baguslah tu..semangat cintakan negara.pastu dia amik lagi satu bagi kat adik dia...maka mereka pun buat aksi menyambut merdeka kat depan tv. Ni dia...







Ahad petang, kitaorg gi PD sebab aku dapat resort.tapi x tido sana, layan kakak n adik mandi kolam je.....dah puas mandi kolam, masuk bilik siap.pas maghrib jln balik kg hubby kat melaka.x jauh dari pd...sebab nak sambut puase kat sane..berbuka hari pertama pun kat sane..pas bebuka baru jln balik umah...


dah siap nak mandi..








notis penutup: dah 2 hari puase...syukur