CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Learn Live Hope

Thursday, November 27, 2008

63 Petua Bahagia

Just to share..........

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:(a) Mental, pendidikan dan ilmu(b) Emosi(c) Fizikal dan ekonomi(d) Sosial(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:(a) Pendapat atau pandangan(b) Hobi(c) Kegemaran(d) Makanan(e) Cita rasa(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

notis penutup: alhamdulillah...bahagia..

Tuesday, November 25, 2008

Ziarah

Pagi ni pergi menziarahi pemergian ibu pada opismate aku iaitu kak nani.Ibunye dah lama jugak sakit.menghidap cancer usus.meninggal petang semalam dirumahnye.tadi aku dan kengkawan dept ke rumahnye di Taman Malawati.Arwah sudah di kebumikan di Tanah perkuburan kat situ jugak..

notis penutup: semoga rohnya dicucuri rahmat.Al-Fatihah..

Monday, November 24, 2008

First time kena tag...

tak pernah kena tag-tag ni...masuk blok Mummysya tengok aku kena tag, amik gambo workstation katenye...tapi memandangkan camera aku x de, maka aku carik je gambo aku kat workstation...tapi gambo aku yg lebih bukan workstation...boleh? boleh la kan..nak wat cam ne...tu je yg ade...ni ha..


notis penutup: ok la kan....

Kehilangan, frust jugak....

Hari sabtu, aku ngan hubby bawak kakak n adik jenjalan kat Dataran Merdeka.ada event kat situ, sebelah malam..kitaorg gi naik bas dari Seremban, macam aku gi keje tiap2 hari tu...saje bawak budak berdua tu naik bas sebab diaorg x pernah naik bas la katakan...asik tengok cite Geng bas sekolah je...so bila bwk naik bas, dua-dua hairan, dok dendiam je dlm bas...lagipun malas nak drive...jalan jem lagi..
banyak jugak aku amik gamba masa tu...tapi bila kat dataran merdeka, hubby pulak yg amik gamba sebab aku bz jaga budak2 tu...byk jugak persembahan kat sane,sempena pengistiharan Bandar Melaka dan Georgetown sebagai bandar warisan dunia...ada tari menari, perarakan bergajah dan berkuda....seronok anak aku maklum la budak dok taman, mana nampak haiwan kat umah kan...x macam kita kecik dulu, dok kampung, memang biasa nengok ayam, itik..

Nak dijadikan cerita, masa dalam bas on the way balik dari KL, hubby aku simpan camera aku tu dlm poket dia...sampai seremban, x perasan camera tu cicir, bila sampai kat kereta, carik2 dalam poket x de, nak gi kat bas balik, tapi bas pun dah x de...masa tu dah lewat.kol 11 mlm, anak aku pun dah tido...

So.....aku rasa frust sgt sebab camera tu aku baru beli bulan 8 hari tu, baru 3 bulan pakai dan pulak hilang bukan di tangan aku...

Tapi hubby dah janji nak ganti balik camera aku tu....so tunggu je la..

Buat masa ni, x de pic la dlm blog aku ni...

notis penutup: mungkin nak dapat lagi canggih kot, tu sebab hilang.....


Friday, November 21, 2008

Dah Siap...

dah brape hari x update blog....sebabnye....ini..

bz menyiapkan assignment paper auditing ini.nak hanta ahad ni..skang dah pun siap...lega..

notis penutup: esok nak bwk kakak n adik jenjalan...tunggu entry seterusnya..

Tuesday, November 18, 2008

Chocolate Lover

Aku adalah seorang pencinta cokelat.Bila masa stress inilah ubatnye...bila happy pun ni la ganjarannye...bila aku rasa nak bagi kat org hadiah tapi x tau nak bagi ape, coklat jugaklah idea yg kelua...dan aku suka org bagi aku coklat..klau org lain tengok asam, bleh terliur...aku pulak tengok coklat bleh terliur...sememangnye aku adalah 'CHOCOLATE LOVER'


ni baru beli kat sogo tadi..dan cadbury semestinye..

notis penutup: suka sgt..

Monday, November 17, 2008

Lega

rasa lega sangat sebab baru abis exam...paper Management Accounting 1 (last week) dan Auditing (sabtu lepas)...dah cuba buat yg terbaik...tunggu je result nanti...

notis penutup: next exam bulan 2 nanti..lambat lagi...hehehe

Puspanita Hi-Tea

Jumaat lepas, ade hi-tea untuk semua ahli puspanita.buat kat lanai..Aku pun join la....tema tahun ni batik..




ni door gift nye...

dari kiri kak lili, aku, isma n linda...


aku ngan kak lili




dari kiri kak lily, aku, kak ana n kim..

notis penutup: enjoy la jugak..

Thursday, November 13, 2008

Birthday

Pagi ni, kitaorg kat sini ade buat mkn2 skit sempena birthday DD kat dept aku ni...

birthday kek...


aku ngan birthday girl..



aku ngan PA nye,Linda..

notis penutup: moga murah rezeki, senyum2 selalu, jgn marah2 selalu ye..

Monday, November 10, 2008

Tadika

Semalam, dapat jemputan dari Tadika kat umah aku. Since aku dah register kakak kat tadika ni utk masuk next year, diaorg jemput aku ngan family ke Annual Concert & Graduation Day utk tahun ni...saje agaknye bagi kitaorg tengok...so bawak la kakak ke sini, bagi dia semangat skit nak gi tadika next year... event ni start kol 2, aku ada exam sebelah pagi..

banyak persembahan oleh budak2 ni, tapi aku snap skit je gambo sebab hero aku x leh dok diam..



notis penutup: jgn malas gi tadika nanti sudah...

Jalan2

Cam biasa, hujung minggu especially hari sabtu ptg, klau x hujan, aku ngan hubby akan bwk kakak n adik jenjalan...tapi x de la gi jauh2 pun, stakat gi tmn mainan,tapi bukan la tiap2 minggu tempat yg sama..boring plak nanti, tuka2 tempat le.. saje spent time ngan diaorg...dah hari lain mak bapaknye sibuk keje kan..ahad pulak aku ade class...so sabtu je la aku nak buat cam2 bende termasuk luangkan masa ngan anak2...sian jugak klau dok umah je...layan gambo je lah..






notis penutup: once a week je....

Thursday, November 6, 2008

Petua..

Just to share petua ni utk kengkawan yg dah kawin atau yg belum...

ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun.

Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.

Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki can perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa.

Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.

Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa.

Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini.

Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!

Miang, gatal, merenyam, gelenyar...banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan.

Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.

Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka 'cawangan' baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain.

Maaf cakap, ketika suami mula 'meriah habis' pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan 'dingin' dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.

Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan can kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun.

Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda 'keriangan' luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.

Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: "Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!"

Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung.

Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.

Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur.

Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai.

Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan.

Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum.

Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil!

Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak 'cun-melecun' seperti gadis belasan tahun lagi 'trang-tang-tang' . Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.

Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam.

Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang.

Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah.

Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong.

Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel.

Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba!

Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi.

Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami.

Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam.

Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: "Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?"

Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya, seperti: "Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?" Atau: "Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?"

Keempat, etika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing.

Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin.

Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput.

Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.

notis penutup: Selamat mencakar ..... Aummmm !!!!

Wednesday, November 5, 2008

Doa

Smlm, dapat doa ni dari member baik aku....katanye doa ni untuk kuatkan fikiran, especially bila nak exam ke...ni nak share..

allah humma nauwill qolbina
binu ri ida yatika
kama nau wartar ardho
binu ri isyam yashika
abadan abadan..
biroh matikaya
ya ar haaman rohimin

notis penutup: usaha tangga kejayaan...x gitu?

Monday, November 3, 2008

Jalan2 ptg sabtu..

Sabtu ptg, saje bwk kakak n adik jenjalan kat Dataran Senawang...dekat je ngan umah...seronok budak bedua tu...bebas berlari...





notis penutup: ...........