CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Learn Live Hope

Saturday, January 31, 2009

Cuti lagi...

hari ni start cuti 3 hari...isnin KL cuti sempena Hari Wilayah..agenda aku semasa cuti ni adalah utk membuat assignment....exam pulak semakin hampir..adussss.....

notis penutup: tak ready lagi ni...

Friday, January 30, 2009

Budak2 zaman sekarang

Aku nak tanye korang, zaman kita kecik2 dulu ade tak benda ni?


mesti x de kan? ye la...zaman kita dulu x secanggih sekarang kan? tapi bila zaman anak kita, kecik lagi dah pandai nak mintak benda ni...si kakak mintak aku belikan benda ni, harus la aku beli 2 kan, untuk hero tu skali, klau x berebut nanti...



notis penutup: layan je la..

Wednesday, January 28, 2009

Mandi manda

Hari Ahad lepas,sempena cuti CNY, aku sefamily pergi bermandi-manda di Wet World, Pedas.Bawak kakak ipar aku sefamily jugak..seronok melayan anak2 mandi..


kakak n adik..


aku..


anak dara aku yg pakai swimming suit oren tu..


ni hero aku..









notis penutup: enjoy.....

Friday, January 23, 2009

Slamat bercuti..

esok start bercuti 4 hari sempena Chinese New Year....di kesempatan ini aku nak ucapkan 'Gong Xi Fa Cai' pada kengkawan yg meraikannye dan slamat bercuti pada semua....pegi mane cuti 4 hari ni? cuti ni aku nak berehat sepuas-puasnye kat rumah dan bawak anak2 pergi bermandi-manda...nanti aku cita ye..ok happy holiday...

notis penutup: bestnye nak cuti...

Cerita Teambuilding

Teambuilding dept aku telah diadakan pada 16-18 Jan lepas, diadakan di Excel Training Resort, Broga, Lenggeng, N.Sembilan.kitaorg pegi dgn bas yg disediakan...bertolak pada jumaat petang dan balik pada Ahad tengahari..dah namanye pun teambuilding kan, mesti la byk aktiviti yg dijalankan sama ada indoor ataupun outdoor.Semua aktiviti yg diadakan bertujuan memupuk semangat 'teamwork' dan kerjasama antara kakitangan dlm sesebuah dept untuk organisasi tempat kerja kita.Antara aktiviti outdoor yg dijalankan ialah jungle tracking....Aku malas nak cita byk, kita layan gamba je lah...

inilah fasilitatornye









kitaorg 1 bilik, yuvanes, aku n isma..


notis penutup: memang enjoy sangat.....best..

Thursday, January 22, 2009

Rindu..

5 hari x jenguk dan apdet blog...rindu..nanti bila free, aku apdet ye...

notis penutup: tunggu...

Friday, January 16, 2009

Dah ok..

dah sihat..tapi still kena mkn antibiotik yg doktor bagi..petang ni pegi teambuilding dept...buat kat Lenggeng,N.Sembilan...sampai hari Ahad..
so, aku takkan apdet blog ni untuk beberapa hari yg akan datang...kalau ade sesape yg mengikuti blog aku ni, tunggu je la entry seterusnya ok...

notis penutup: hopefully aku enjoy....

Thursday, January 15, 2009

Kureng sihat..

2,3 hari ni aku kurang sihat.selsema dan batuk.semalam balik keje singgah klinik.doktor bagi ubat selsema,batuk,demam dan antibiotik...
harap cepat sihat sebab esok nak gi teambuilding dept..


notis penutup: mkn ubat, ngantuk pulak..

Tuesday, January 13, 2009

Petua org tua2

*khasiat bawang:
1. pening kepala:
potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. Sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.


2. lemah otot:
ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.

3. demam selsema:
telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.

4. susah hadam:
rebus bawang merah bersama kulitnya. kemudian kupas bawang itu. bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan roti. amalkan selalu.

5. serangan angin:
campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu.kacau dan minum campuran itu setiap hari.

6. serangan cacing:
amalkan meminum air rebusan bawang merah setiap hari.


1. menghilangkan karat kepada pakaian:
perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.

2. hampas teh suburkan tanaman:
taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.

3. mengatasi sengal tulang:
patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. sapukan getah itu kepada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal terutamanya pada sebelah pagi.

4 merawat kulit berkedut:
parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

5. daun puding atasi gatal:
bersihkan segengggam daun puding lalu dikisar lumat. Lumurkan keseluruh kulit kepala. bungkus kepala dengan tual bersih selama satu jam. akhir sekali bilas rambut dengan air bersih. lakukan dua kali seminggu.

6. legakan sakit gigi:
celupkan seputik kapas ke dalam esen pisang dan tekankan atau sapukan kepada gigi yang sakit.

7. segarkan mata:
sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.

8. kunyit atasi hidung bayi tersumbat:
Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan sapukan airnya secara nipis di sekeliling hidung bayi. awas! Jangan biarkan air itu meleleh ke dalam hidung.

9. kulit limau hilangkan bau badan:
potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. amalkan selalu.

10. Mengurangkan dengkur:
tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas.minumlah beberapa minit sebelum tidur.

11. cara menghilangkan ketuat:
sapukan getah dari pelepah betik yang depetik terus dari pokoknya. titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. lakukan beberapa kali. ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

12. menaikkan seri muka:
basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. Amalkan selalu.

13. mengelakkan nafas berbau:
sangar hampas kelapa hingga kuning. amalkan mengunyah hampas kelapa itu.jika anda tidak sukakan rasanya, anda boleh saja meluahkannnya. minumlah air suam selalu.

14. limau nipis mewangikan rambut:
potong dua biji limau nipis melintang. kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan. gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut.biarkan beberapa minit sebelum dibilas.

15. mengelakkan cermin kenderaan kabur:
basahkan sehelai tuala kecil, tuangkan beberapa titis shampoo mandian ke atasnya. laplah bahagian luar dan dalam cermin kerderaan anda dengan menggunakan tuala tadi.

16. mengelak keguguran rambut:
ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. sapukan ke kuit kepala se-eloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemomor.

17. ubati bibir yang pecah:
bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian di minum beberapa kali.

18. menghilangkan kembong perut.
ambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. kemudian layurkan ke atas api selama dua minit. setelah itu, daun yang masih panas ditekapkan kepada perut.

19. atasi tumit pecah:
gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. amalkan sebelum mandi.

20. ubat sakit angin:
kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya. dan makan mentah-mentah. badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. rasa mual dan pening akan berakhir.

21. menghaluskan kulit muka:
didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

22. melembutkan tapak kaki:
ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dengan air perahan limau nipis. gosokkan tapak kaki dengan bancuhan itu berulangkali. Amalkan sekurang-kurangnya seminggu untuk mendapat hasilnya.

23. mengatasi mabuk perjalanan jauh:
bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. minum ketika suam. amalkan selalu.

24. menghapuskan urat timbul di kaki sewaktu mengandung:
belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul.amalkan selalu.

25. mencantikan telur rebus:
rebuskan telur sehingga tiga suku masak. masukkan kulit bawang merah ke dalam air rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. Kemudian rebuskan kembali telur itu.

26. menghalau semut:
masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula.

27. mengelakkan lipas:
ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.

28. mengelakkan sawang atau sarang laba-laba:
bersihkan tempat yang sering kedapatan sarang laba-laba. Kemudian celupkan penyapu sawang ke dalam minyak tanah lalu lapkan tempat itu.

29. hilangkan lebam di bawah mata:
sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. Lakukan beberapa kali.

30. menghilangkan bau mulut:
tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. lakukannya tiga hari sekali.

31. merawat sakit lecur:
titiskan cecair spirit ke atas gelembung lecur.

32. meredakan batuk:
rendamkan gula batu, getah anggur dan kembang semangkuk selama semalaman di dalam jag berisi air masak. berikan minuman ini kepada orang yang batuk sekerap mungkin.

33. mengembalikan seri muka selepas bersalin:
rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. se-eloknya pada waktu pagi dan malam.

34. mencantikan kulit janin:
amalkan meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir nanti terhindar dari mendapat ruam lampin.

notis penutup: cuba la..

Thursday, January 8, 2009

Kakak ke Tadika

Tahun ni kakak masuk 5 tahun, so masukkan dia ke tadika. Hari selasa aku cuti, hantar dia ke sana.tak jauh kat tmn umah aku jugak..First day ke tadika x de nangis, happy je gi sekolah....bagus anak mama...




notis penutup: itu je..

Monday, January 5, 2009

Sepupu aku kawin..

1 Jan 2009 hari tu..aku ngan family pegi ke majlis pernikahan sepupu aku..

nikah kat masjid ni...

sepupu aku yg pengantin perempuan


sebahagian hantaran...

Pada 2 hb (malam) buat majlis kat hotel ni....


aku ngan hubby pegi berdua je...



ni souvenier utk tetamu mlm tu...


notis penutup: semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..

Friday, January 2, 2009

2009

Hari ini hari kedua kita berada dlm tahun 2009.Azam tahun baru? mesti la ade kan...azam aku tahun ni adalah:

untuk menjadi manusia yg lebih baik dan lebih berjaya....itu je...

notis penutup: Insyallah...