CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Learn Live Hope

Wednesday, December 24, 2008

Cuti..

Aku akan bercuti selama 5 hari bermula esok hingga isnin...so blog aku x kan di apdet selama cuti tersebut..agenda cuti adalah membawa anak2 bercuti ke negeri Melaka bandaraya bersejarah.....tunggu entry seterusnya ye... kalau ade pembaca blog aku ni yg sambut Christmas, Merry Christmas di ucapkan....pada yang beragama Islam, selamat menyambut Tahun baru 1430 Hijrah..

notis penutup: bestnye nak cuti......

Birthday..

Hari ni birthday kwn sebelah aku..isma...kitaorg pakat buat mkn2 skit..

with birthday girl..


birthday cake...carrot walnut..





notis penutup: semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...


Tuesday, December 23, 2008

I'am happy with my life...

Aku happy sgt ngan life aku skang ni...dikelilingi oleh orang yang aku sayangi dan org yang menyayangi aku membuat aku rasa bahagia sgt...

syukur pada Tuhan yang memberi rezeki padaku...yg memberi kesihatan yg baik...

tapi,....
aku tak suka pada org yg mengata dan mengumpat aku dibelakang...
adakah org itu cemburu? atau dengki pada aku?

aah....aku tak pedulik semua itu...lantak korang la nak kata ape...aku tak kacau hidup korang, korang jgn kacau hidup aku.....boleh?
aku dah cukup dewasa untuk berfikir baik dan buruk.....

aku tak kisah kalau ade org nak nasihati aku...tapi biarlah betul caranye..

lagi satu....aku ni manusia yg boleh dibawak bergurau, aku tak kisah....

tapi...
gurau pun ade limit kan....jgn la sampai tidak menghormati aku sebagai seorang manusia yg normal...paham tak?

notis penutup: aku tak marah la....cuma meluahkan perasaan je...

Monday, December 22, 2008

Ladies in black..

Jumaat lepas, aku saja pakai jubah ke opis...x sangka pulak isma pun pakai jubah, pas tu tengok kita punya DD pun pakai jubah...semuanya colour hitam termasuk tudung...sebenarnye semua tu kebetulan...kitaorg x pakat pun...anyway, comei jugak, cam minah arab pun ade gak..cuba tengok ni..

aku, pn.maimon ngan isma


notis penutup: ya habibi....

My new cam..

Alhamdulillah dah dpt beli new camera...tapi rasa terkilan sebab x dapat amik pic masa lawatan singkat aku ke singapore hari tu...Anyway, pas ni boleh start balik snap gambo bebanyak...

ni la dia....

notis penutup: syukur dgn rezeki yg dikurniakan..

Friday, December 19, 2008

Kenali budi pekerti wanita dicintai..

PERNAHKAH anda dilamun satu perasaan yang agak aneh dan mula membayangkan seseorang dalam hidup? Ketika terbuai perasaan dan tumbuhnya di celah-celah naluri keremajaan, ia begitu istimewa.Sesaat teringatkan si dia dan pada masa sama terus dibuai kerinduan menggila, apakah itu yang dinamakan cinta?

Bagi yang tidak pernah dihimpit perasaan sedemikian, bersedialah untuk menyelami sekali gus mengurus perasaan cinta yang menghampiri.Mampukah ditolak datangnya cinta apatah lagi kehadirannya tanpa diundang umpama pencuri. Cinta itu laksana panah asmara yang menikam mata dan menusuk ke hati. Memang perasaan itu tidak boleh ditahan dan dibendung. Cuma, berlaku jujur ketika menyalurkannya mengikut kehendak syariat. Perasaan ‘cinta suci remaja’ memang biasa diucapkan, cuma dalam hal ini syaitan memainkan peranan untuk membuatkan diri tergelincir kepada kemungkaran.Baik lelaki mahupun perempuan, jika perasaan itu baru saja muncul di sudut hati, barangkali ramai yang masih berteka-teki akan teman yang mulai disukai itu.Jika anda lelaki yang baru hendak berjinak-jinak mengenali golongan hawa, kenalilah personaliti diri mereka sebagai panduan.

Sensitif
Bukan bermaksud suka merajuk, tetapi perempuan hanya ingin bermanja dan sekadar ingin mendapat perhatian.

Cerewet
Bukan bermaksud cerewet tidak tentu hala, adakalanya si perempuan ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali-sekala.

Halus
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut, mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang perempuan terkenal sebagai seorang pemaaf yang memaafkan orang lain atas sebab kesalahan, biasanya perempuan akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.

Ikhlas
Ikhlas seorang perempuan tidak perlu diragui.

Korban
Perempuan sanggup berkorban apa saja untuk seseorang, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Perempuan amat tabah.

Prihatin
Perempuan sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.


Manja
Walaupun dia adalah seorang perempuan yang pandai berdikari, naluri kaum hawa masih lagi tetap seorang perempuan. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki namun juga sesama kaum.

Ego
Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

Cinta
Cinta pertama bagi wanita lazimnya adalah cinta yang paling dalam dan tulus.

Seks
Seks bukanlah segala-galanya kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Nafsunya banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu lantas fungsi lelaki adalah membimbing wanita, bukan menghanyutkan dirinya.

notis penutup: ku rasa.....

Tunggu....

Masih x sempat nak update story.......klau ade sesape yg tunggu aku apdet blog ni.....tunggu ye....nanti aku story mory ok...

notis penutup: nanti ye....