CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Learn Live Hope

Wednesday, February 18, 2009

Jangan nangis...

1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

2.Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

3.Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh
yang telah Tuhan tetapkan.


4.Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang
membuat persediaan .

5.Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita
kurang bersedekah buat amalan.

6.Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu
adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan
untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri,segala
dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan
mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2
dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka,mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."


notis penutup: so jangan nangis ye...

0 comments: