Mungkin kita masih beranggapan bahawa setiap kali kita bangun dari tidur, kita tetap mempunyai banyak masa sama ada masa untuk bekerja atau berehat. Tetapi tahukah kita bahawa dengan menangguhkan kerja dan tugasan adalah amalan yang tidak berguna dan sia-sia. Mengamalkan sikap sering menangguhkan masa boleh mengakibatkan prestasi kerja kita terjejas dan menyebabkan perasaan bimbang dan curiga terhadap keyakinan diri sendiri akan bertambah dan meningkat.
Amalan sering menggunakan perkataan 'hari esok masih ada' perlu dihindari kerana ia bukan sahaja mengganggu kelicinan dan kelancaran proses kerja kita bahkan ianya akan melambatkan lagi hasil tugasan yang kita lakukan. Justeru itu, tugasan semalam yang belum dikerjakan hendaklah dilaksanakan supaya kita tidak berasa tertekan dengan kerja yang bertimbun sejak semalam.
Oleh itu hargailah masa dan peluang yang kita ada sebaik-baiknya dengan melakukan segala amalan yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam, di samping kita melaksanakan tugasan di pejabat. Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud : "Dari Ibni Abbas Radiallahuanhuma ia berkata ia berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada seorang lelaki dan Baginda menasihatinya:
Rebutlah lima perkara sebelum kamu didatangi oleh lima perkara yang lain. Masa mudamu sebelum tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum fakirmu, masa lapangmu sebelum kesibukanmu dan masa hidupmu sebelum matimu." (Riwayat Al-Imam Al-Hakim).
Masa adalah anugerah Allah Subhanahu Wataala yang amat bernilai dan terlalu berharga. Pepatah ada mengatakan masa itu emas malahan lebih berharga dari emas, kerana emas boleh dijual beli. Emas boleh ditukar ganti, akan tetapi masa atau waktu yang telah berlalu pergi tidak akan berulang lagi. Penggunaan masa yang cekap akan mendatangkan hasil yang menguntungkan, orang yang bijak mengendalikan waktu sebaliknya adalah orang yang tahu menghargai waktu dan sama sekali tidak akan mempersia-siakan walau sesaat pun.
notis penutup: hargailah masa...
Thursday, March 19, 2009
Menghargai Masa....
Posted by mamabiey at 1:29 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment