CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, March 23, 2009

Mood pengantin baru

Disebabkan kwn sebelah aku, isma baru kawinkan...so aku pun nak amik semangat pengantin baru....



notis penutup: semangat lain pun boleh amik gak...

Friday, March 20, 2009

Lunch hari ni

long lunch tadi, aku,isma ngan fayruz gi mkn kat Maju Junction....

ni minuman kitaorg..


aku mkn ni...Crispy Wrap...


aku..


ni fayruz nye...

ni isma nye....

isma n fayruz...



Thursday, March 19, 2009

Menghargai Masa....

Mungkin kita masih beranggapan bahawa setiap kali kita bangun dari tidur, kita tetap mempunyai banyak masa sama ada masa untuk bekerja atau berehat. Tetapi tahukah kita bahawa dengan menangguhkan kerja dan tugasan adalah amalan yang tidak berguna dan sia-sia. Mengamalkan sikap sering menangguhkan masa boleh mengakibatkan prestasi kerja kita terjejas dan menyebabkan perasaan bimbang dan curiga terhadap keyakinan diri sendiri akan bertambah dan meningkat.
Amalan sering menggunakan perkataan 'hari esok masih ada' perlu dihindari kerana ia bukan sahaja mengganggu kelicinan dan kelancaran proses kerja kita bahkan ianya akan melambatkan lagi hasil tugasan yang kita lakukan. Justeru itu, tugasan semalam yang belum dikerjakan hendaklah dilaksanakan supaya kita tidak berasa tertekan dengan kerja yang bertimbun sejak semalam.
Oleh itu hargailah masa dan peluang yang kita ada sebaik-baiknya dengan melakukan segala amalan yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam, di samping kita melaksanakan tugasan di pejabat. Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud : "Dari Ibni Abbas Radiallahuanhuma ia berkata ia berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada seorang lelaki dan Baginda menasihatinya:
Rebutlah lima perkara sebelum kamu didatangi oleh lima perkara yang lain. Masa mudamu sebelum tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum fakirmu, masa lapangmu sebelum kesibukanmu dan masa hidupmu sebelum matimu." (Riwayat Al-Imam Al-Hakim).
Masa adalah anugerah Allah Subhanahu Wataala yang amat bernilai dan terlalu berharga. Pepatah ada mengatakan masa itu emas malahan lebih berharga dari emas, kerana emas boleh dijual beli. Emas boleh ditukar ganti, akan tetapi masa atau waktu yang telah berlalu pergi tidak akan berulang lagi. Penggunaan masa yang cekap akan mendatangkan hasil yang menguntungkan, orang yang bijak mengendalikan waktu sebaliknya adalah orang yang tahu menghargai waktu dan sama sekali tidak akan mempersia-siakan walau sesaat pun.


notis penutup: hargailah masa...

Tuesday, March 17, 2009

Cerita pendayung sampan

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia
berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan." "OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu. "Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. "Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.
"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu,semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pednayung sampan." Kata Professor itu dengan
nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.
Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?"Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.


Morale of the Story:
Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.
Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.
Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yang dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?


Hikmat Inspirasi:
Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.
Usaha sempurna adalah kemenangan.

Monday, March 16, 2009

kawan aku kawin...

sabtu lepas aku gi wedding isma, kwn opis.actually majlis sebelah isma (kat Perak) dah berlalu minggu lepas...aku x dpt gi sebab ade class...so aku gi majlis sebelah lelaki (kat Melaka). balik kg hubby skali...n kitaorg balik on the same day sebab aku ade class esoknye....ni antara pic masa kat majlis tersebut...













notis penutup: Selamat pengantin baru isma & erwan....semoga berbahagia hingga ke akhir hayat....

Wednesday, March 11, 2009

bizi...

minggu ni amatlah bz sgt....x sempat nak apdet blog nih....klau ade sesape yg mengikuti blog aku ni, harap bersabar ye...tunggu entry seterusnya nanti....

notis penutup: tunggu..........

Saturday, March 7, 2009

Sombong

TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG

Langkah-langkah untuk mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong sama ada sombong yang keterlaluan, sederhana atau ringan.
Apakah tanda-tanda seseorang itu memiliki sifat sombong? Di antaranya:


1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur,
pangkat atau lain-lain lagi.


2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.

3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu 'level' atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati katakatanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk
sama atau semajlis dengannya.


4. Memandang hina pada golongan bawahan.

5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut cakap orang lain.

7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.

8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya. Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.

9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Bahkan ditengking-tengking, diherdik, dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpatumpat.

10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf.Bahkan dia tidak mengaku bersalah.

11. Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.

12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.

13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.

15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah serta membenci orang.

16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai pemberian orang lain.

17. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri.

18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.

19. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian
yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.


20. Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentakhentak kaki atau berjalan membusung dada.

21. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut dengan orang itu.

22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu orang.

23. Tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah.


25. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain.

26. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa bangga dan senang hati. Senarai tanda-tanda, riak-riak atau sikap-sikap di atas sudah cukup jelas untuk kita dapat mengenali sifat sombong ini. Bila sudah dikenal pasti ertinya memudahkan kita mengatasi atau mencabut sifat keji ini.


SEBAB-SEBAB SOMBONG

Sebelum mencabut sifat sombong yang keji ini perlu kita tahu kenapa sifat ini boleh berlaku. Ini juga merupakan faktor pembantu untuk memudahkan kita mengikis sifat ini. Macamlah jerawat yang ada di pipi. Kalau kita kenal tanda jerawat, kemudian tahu kenapa boleh timbul jerawat, barulah mudah untuk
kita mengubat jerawat itu.


Faktor-faktor penyebab yang menjadikan seseorang itu memiliki sifat-sifat sombong, di antaranya ialah:

1. Memiliki kuasa, sama ada dia memiliki kuasa besar atau kecil. Kuasa besar itu seperti jadi raja, presiden, perdana menteri, gabenor dan lain-lain lagi. Kuasa kecil seperti jadi pegawai, D.O., penghulu, guru besar, guru-guru dan
lain-lain lagi. Kuasa yang ada itu mendorongnya menjadi sombong.


2. Mempunyai ilmu pengetahuan sama ada pengetahuan tentang dunia atau pengetahuan tentang Akhirat. Sama ada pengetahuan di banyak bidang atau di satu bidang. Ini jadi pendorong seseorang itu menjadi sombong kerana dia rasa lebih pandai daripada orang lain.

3. Mempunyai harta kekayaan. Harta juga mendorong seseorang itu menjadi sombong.


4. Mempunyai kegagahan iaitu orang yang mempunyai kekuatan fizikal atau mempunyai kepandaian dalam mempertahankan diri seperti tinju, gusti, tae kwan do, silat dan lain-lain lagi. Ini juga mendorongnya menjadi sombong.

5. Keturunan. Ada orang jadi sombong kerana berketurunan bangsawan, berketurunan ulama dan lain-lain lagi, lantas merasa diri mulia serta memandang orang lain hina berbanding dengan dirinya.

6. Sebab-sebab yang lain seperti berwajah tampan dan cantik,disayangi oleh orang besar, disayangi suami, disayangi oleh ibu ayah dan lain-lain lagi. Ini juga pendorong menjadi sombong.

7. Bukan sebab-sebab yang di atas tadi, tapi mungkin dia orang miskin atau orang jahil atau orang hodoh atau orang cacat atau orang lemah sedangkan dia tetap sombong. Ini dikatakan bodoh sombong. Orang ini walaupun tidak ada
sebab khusus untuk dia berlaku sombong tetapi oleh kerana benih sifat sombong yang semula jadi ada dalam diri itu tidak terdidik dan tidak cuba untuk dikikisbuangkan atau tidak dicabut, bahkan disuburkan, maka tetaplah dia dengan sikap sombongnya. Golongan yang sombong di taraf ini bilamana tidak sedar atau tidak kenal dirinya yang sebenar, inilah yang jadi pendorong dia bersifat sombong.Kalau begitu ada golongan manusia yang sombongnya bersebab dan ada pula golongan manusia yang sombongnya tidak bersebab. Tetapi kebanyakan manusia itu sombongnya bersebab, seperti yang disebutkan di atas tadi. Bersebab atau tidak, sifat sombong tetap mesti dicabut dan dibuang. Jika tidak, ia akan memberi kesan yang buruk di tengah kehidupan masyarakat.

Tuesday, March 3, 2009

Sikap buruk sangka, dengki dan khianat..

Salah satu sifat keji di sisi Islam adalah berprasangka buruk kepada orang lain.

Perasan itu timbul daripada rasa dengki dan tidak puas hati atas apa yang diperoleh orang lain yang kemudian berakar sehingga menjalar kepada perasaan khianat dan dendam.

Tuduhan demi tuduhan kemudian tersebar melalui lidah fitnah. Sebenarnya penyakit inilah yang dibimbangi kerana boleh merosakkan keperibadian Islam yang dibina atas paksi keimanan. Bahkan perbuatan memburukkan orang lain lebih didorong oleh hasutan ingin melihat pertelingkahan sesama saudara seagama.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu marah, jangan kamu berhasad dengki dan jangan kamu bermasam muka, sebaliknya jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelakuan buruk ini amat disukai syaitan dan penyebaran berita buruk serta fitnah cepat merebak, tambahan daripada mulut mereka yang berpengaruh.


Tanpa dipersoalkan kebenaran berita dibawa, mereka yang berminat menyebarkannya secara tidak terbatas melalui rangkaian dan jaringan mulut manusia yang sukar disekat.

Allah mengingatkan dalam firman bermaksud: "Wahai orang beriman! Jauhi kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan jangan kamu mencari kesalahan dan keaiban orang lain dan jangan sesetengah kamu mengumpat akan sesetengah yang lain." (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Islam menekan soal menjaga maruah dan peribadi Muslim. Bahkan, Islam menuntut disembunyikan keaiban orang lain walaupun mengetahuinya. Begitulah nilai dan berharganya Islam dalam mempertahankan maruah penganutnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Berhati-hati kamu terhadap hasad dengki kerana ia boleh merosakkan amal kebaikan kamu seperti api memakan sekam." (Hadis riwayat Muslim)

Sikap buruk sangka ini membawa padah lebih buruk jika berlaku dalam komuniti setempat. Suasana aman dan harmoni akan menuju kehancuran.

Penyakit hati seperti saling membenci, mencaci dan tuduh-menuduh yang berterusan menjurus kepada perbalahan berpanjangan yang sukar dibendung.

Bayangkan jika ia berlaku dalam negara yang penghuninya menjadikan fitnah dan prasangka sebagai budaya hidup. Senjata inilah yang membunuh keamanan dan keharmonian menjadi impian manusia.

Islam melarang keras fitnah serta menyebar khabar angin dan golongan penyebar maklumat palsu itu dijanjikan Allah balasan azab yang pedih.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Awasi diri kamu daripada buruk sangka kerana perbuatan itu adalah pembohongan besar. Jangan mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikan diri kamu semua bersaudara." (Hadis riwayat Bukhori dan Muslim)
Rasulullah SAW mengingatkan kita sentiasa menjauhi perbuatan keji kerana kesannya membawa budaya tunjuk perasaan, fitnah memfitnah dan serang menyerang yang langsung tidak mempedulikan keamanan serta keharmonian.


Perbuatan sangka buruk terhadap orang lain timbul daripada perasaan tidak berpuas hati dan dengki. Perbuatan itu melambangkan rendahnya moral pelaku yang sanggup menghancurkan maruah orang lain dengan menolak segala pertimbangan akal dianugerahkan Allah.


Oleh itu, jangan dibenarkan nafsu menguasai akal dan adakan pertimbangan akal serta iman. Setiap pertuduhan perlu bukti kukuh. Serangan secara membabi buta bukan cara yang dituntut Islam. Cerita disebarkan dari mulut ke mulut tidak boleh dijadikan bukti untuk membenarkan segala dakwaan. Jika sesuatu tidak sahih dan sumber rujukan belum tentu benar, maka periksa dulu.
Firman Allah bermaksud: "Wahai orang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa berita, maka periksa dengan teliti kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaan yang menyebabkan kamu menyesal perbuatan kamu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Semua pihak mesti memainkan peranan menjaga keamanan dan keharmonian yang sekian lama dikecapi ini. Nikmat Allah yang berharga ini hendaklah disyukuri sentiasa. Allah berfirman bermaksud: "Dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahnya semata-mata." (Surah an-Nahl, ayat 114)

Tidak dinafikan keamanan dan kestabilan yang dinikmati berkat muafakat serta kesepaduan hidup bermasyarakat, tanpa mengira agama, budaya dan bangsa.

Di sinilah keistimewaan agama Islam yang mengajar umatnya berbuat baik dan menunaikan tanggungjawab di samping menghargai nikmat dikurniakan Allah.
Bukankah Allah menerangkan kepada umat Islam bahawa kunci keberkatan dan keamanan berkekalan adalah melalui rasa syukur kepadanya.
Firman-Nya bermaksud: "Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambah nikmatku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah keras." (Surah Ibrahim, ayat 7)


Adapun nikmat keamanan dan keharmonian hanya sebahagian daripada kurniaan Allah sedangkan banyak lagi nikmat yang diberikan. Justeru, bagi mempertahankan keharmonian dan keamanan, jauhi sifat dengki dan khianat.

notis penutup: just to share....