CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, February 27, 2009

Panduan mendidik anak..

1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap).

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak-anak yang datang dari persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

notis penutup: sebagai panduan....

x de mood utk menghapdet...

Dah brape hari x apdet blog....sebabnye bizi menyiapkan dua assigment yg nak dihantar ahad ni.....anyway,dah pun siap...tinggal nak binding je...

notis penutup: tunggu je la entry seterusnya nanti...

Monday, February 23, 2009

Sedara aku kawin..

Semalam, bapa saudara aku telah melangsungkan perkahwinannye...majlis dibuat di dewan Majlis Perbandaran Seremban...pengantin perempuannye adalah diimport dari luar negara..dari tanah kelahiran nenek moyang aku iaitu Pakistan...ape nak buat, dah jodoh kan...tapi aku tak dapat attend majlis ni sebab aku ade class...so hubby bawak mak dan anak2 ke majlis tersebut..jom layan pic ni..

pelamin..






hubby, kakak n adik...

hero aku....

dan ini buah tangan utk tetamu...laddo..


notis penutup: semoga berbahagia ke akhir hayat....

Thursday, February 19, 2009

Celebrate birthday adik..

Malam tadi kami sefamily celebrate birthday hero aku ni.tapi buat kecil-kecilan je...beli kek kecik n mkn sesama....




notis penutup: ok la tu..

Wednesday, February 18, 2009

Jangan nangis...

1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

2.Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

3.Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh
yang telah Tuhan tetapkan.


4.Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang
membuat persediaan .

5.Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita
kurang bersedekah buat amalan.

6.Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu
adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan
untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri,segala
dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan
mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2
dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka,mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."


notis penutup: so jangan nangis ye...

Cinta dan waktu...

Alkisah disuatu pulau kecil tinggallah benda-benda abstrak seperti cinta, kesedihan, kekayaan, kebahagiaan dan sebagainya. Mereka hidup berdampingan dengan baik.
Suatu ketika datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik dan akan segera menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat segera menyelamatkan diri. Cinta sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai untuk mencari pertolongan. Sementara itu air semakin naik dan mulai membasahi kaki Cinta.
Tak lama kemudian Cinta melihat kekayaan sedang mengayuh perahu. "Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku!" teriak Cinta. "Aduh maaf Cinta, perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tidak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu diperahuku ini."
Lalu Kekayaan cepat-cepat mengayuh perahunya pergi. Cinta sedih sekali namun kemudian dilihatnya kegembiraan lewat dengan perahunya. "Kegembiraan, tolong aku!", teriak cinta. Namun Kegembiraan terlalu bergembira menemukan perahu sehingga ia tidak mendengar teriakan Cinta.
Air makin tinggi membasahi sampai ke pinggang dan cintapun mulai panik. Tak lama kemudian lewatlah Kecantikan."Kecantikan , bawalah aku bersamamu", teriak Cinta. "Wah Cinta, kamu basah dan kotor, aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku ini", sahut Kecantikan.
Cinta sedih sekali mendengarnya. Ia mulai menangis terisak-isak. Saat itulah lewat Kesedihan. "Oh Kesedihan bawalah aku bersamamu", kata Cinta. "Maaf Cinta, aku sedang sedih, dan aku ingin sendirian saja…", kata Kesedihan sambil terus mengayuh perahunya. Cinta sudah mulai putus asa, ia melihat air semakin naik dan akan segera menenggelamkannya. Pada saat kritis itulah terdengar suara, "Cinta, mari segera naik perahuku". Cinta menoleh ke suara itu dan melihat seorang tua dengan perahunya. Cepat-cepat ia naik ke perahu itu tepat sebelum air menenggelamkannya.
Di pulau terdekat orang tua itu menurunkan Cinta dan segera pergi lagi. Pada saat itulah Cinta baru sadar bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang telah menyelamatkannya itu. Cinta segera menanyakan orang tua itu kapada penduduk tua di pulau, siapa sebenarnya orang tua itu. "Oh, orang tua itu tadi?, dia adalah Waktu," kata orang-orang tersebut. "Tapi kenapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalkupun enggan untuk menolongku", tanya Cinta heran. "Sebab hanya waktulah yang tahu berapa nilai sesungguhnya dari cinta itu…".


notis penutup: ..................

Happy Birthday to my hero..

Hari ni genaplah usia anak bujang ku ini 2 tahun.Mama doakan semoga adik menjadi anak yg soleh, anak yg baik dunia dan akhirat...dimurahkan rezeki, sihat2 selalu...


notis penutup: dah besar....

Tuesday, February 17, 2009

Berbaik Sangka

INDAHNYA BERBAIK SANGKA
Hubungan yang baik antara satu dengan yang lain dan khususnya antara muslim merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara. Segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhwah harus ditinggalkan. Dengan itu, agar hubungan ukhuwah islamiyah tetap terjalin dengan baik. Salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah ‘husnuzh zhan’ (berbaik sangka).
Oleh itu, apabila kita didatangi oleh sesuatu informasi negative yang berkait rapat tentang hal peribadi seseorang, terutamanya mereka itu adalah saudara seIslam, maka kita hendaklah melakukan ‘tabayyun’ (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya, jauh sekali memberi tindakbalas secara spontan, Allah berfirman yang ertinya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu(mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Q.S Al-Hujuraat : 6)


MANFAAT BERBAIK SANGKA
Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang itu apabila mengamalkan dan memiliki sifat ‘Husnuzh zhan’ ini.
Pertama, hubungan persahabatan san persaudaraan menjadi lebih baik. Berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan dapat menghindarkan terjadinya keretakan di dalam sebuah perhubungan. Bahkan keharmonian dalam hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada sebarang halangan psikologis yang menghambat hubungan itu.
Kedua, terhindar dari penyesalan dalam suatu perhubungan . Berburuk sangka akan membuatkan seseorang itu cenderung untuk menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui firman Allah sebagaimana yang disebutkan di atas.
Ketiga, akan turut merasa kebahagiaan walaupun di atas kejayaan atau kemajuan yang dicapai oleh orang lain. Perasaan kebahagiaan ini dikongsi bersama meskipun kita sendiri belum mencapai kemajuan sepertinya. Perkara ini memiliki erti yang sangat penting. Ini kerana dengannya jiwa kita akan menjadi tenang dan terhindar dari iri hati, yang boleh menjurus kepada dosa besar. Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita kepada kebaikan dan seterusnya. Manakala dosa atau keburukan yang kita lakukan akan membawa kepada kemusnahan dan dosa yang lebih besar lagi.


RUGINYA BERBURUK SANGKA
Apabila kita melakukan atau memiliki sifat buruk sangka, akan nada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat kelak.
Pertama, mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan perbuatan yang amat jelas rendah nilainya. Di samping kita menganggap orang lain tidak baik, tanpa dasar yang jelas, bahkan tidak berusaha untuk menyelidiki perkara tersebut, akibatnya perbuatan ini akan membawa kita untuk melakukan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk terhadap mangsa kita tadi. Pastinya perbuatan ini amat buruk sekali dan menjadi tegahan di dalam Islam. Allah berfirman yang ertinya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?(jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Q.S Al-Hujuraat : 12)
Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang amat besar, perkara ini dijelaskan melalui sabda Rasulullah:
"Jauhilah prasangka, sebab prasangka itu adalah perbicaraan yang paling dusta." (HR. Muttafaqun alaih)
Ketiga, menimbulkan sifat atau tabiat buruk. Berburuk sangka terhadap orang lain tidak hanya membawa akibat kepada penilaian dosa dan dusta semata-mata. Tetapi ia juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk yang lain, yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya sesame manusia. Sifat-sifat itu antara lainnya ialah ghibah, kebencian, hasad, dengki, menjauhi hubungan dengan orang lain dan sebagainya. Terdapat hadis yang meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda :-
"Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang itu benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat disisi Allah seorang yang benar(jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang itu dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat disisi Allah sebagai seorang pendusta." (HR. Bukhari)


LARANGAN BERBURUK SANGKA
Berburuk sangka merupakan perbuatan yang hina dan sangat tercela. Perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang disebutkan dalam surah Al-Hujuraat Ayat 12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka , maka kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apatah lagi dengan sesama muslim dan aktiviti berdakwah.
Apabila timbulnya benih buruk sangka di dalam hati kita, maka seharusnya perkara ini segera dicegah dan dijauhi. Perbuatan berburuk sangka adalah perbuatan yang datang dari godaan syaitan yang bermaksud buruk terhadap kita. Namun, apa yang lebih penting lagi ialah memperkukuhkan jalinan persaudaraan sesama muslim. Apa yang patut dan seharusnya kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukannya berburuk sangka.
Oleh kerana itu, Khalifah Umar Al Khattab pernah menyatakan:
" Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan. Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzh zhan (berbaik sangka)."
"Ya Allah, bukakanlah dan limpahkanlah ke atas kami nikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku."
"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah."


notis penutup: renung2 kan..

Monday, February 16, 2009

Teater lagi..

Sejak tengok PGL hari tu, aku dah jatuh hati ngan teater. smlm, ade persembahan teater kat seremban.aku paksa hubby gi tengok.bawak mak ngan anak2 aku skali..lagipun free..layan je la...teater ni bertajuk perempuan....isteri.kisahnye si isteri ni terpaksa kawin ngan suami dia...bila dah kawin, isteri ni curang pada suami dia...dan jadi ibu ayam...sehingga la si isteri tu nak meninggal susah sgt terseksa..hingga suami dia maafkan baru dia meninggal..best jugak, sedih pun jugak...tapi bagi aku bila kita tengok teater ni, ade mesej yg nak sampaikan dan mungkin berlaku 'real' dlm hidup kat dunia ni..







notis penutup: bila nak gi tengok lagi..

Saturday, February 14, 2009

Jalan2 d ptg hari..

Kali ni bwk anak2 berjalan ke sini...





kat sini ade ikan dan kita boleh bagi ikan2 ni makan....











ada org main layang2 jugak...

notis penutup: layan anak2...

Friday, February 13, 2009

PGL The Musical @ Istana Budaya

Dapat tiket free utk menonton PGL, maka ahad lepas pergilah kami berdua ke Istana Budaya....start kol 3, kol 2.30 kami dah sampai, posing2 skit sebelum pintu panggung dibuka, dekat 3 jam gak menonton..meh layan gambo..





habis persembahan, semua yg terlibat berkumpul...not so clear pic ni coz dalam panggung gelapkan..
Habis menonton, pegi makan kat kg baru...pastu balik...


dan ini untuk anak2 yg tinggal dirumah...beli kat kg baru jugak..


notis penutup: best jugak..

xtvt d ptg sabtu atau ahad

petang sabtu atau ahad, klau x bwk budak bedua ni kemana2, maka diaorg akan bermain di luar kawasan rumah sahaja...axtiviti ini akan dilakukan sekiranya mama dan abah mereka ada dirumah....hari lain mereka akan bermain didalam kawasan rumah saje kerana takut diculik atau hilang kawalan oleh nenek mereka...dimasa ini mereka akan merasa sangat gumbira kerana bebas bermain...sekian..





notis penutup: ....

Wednesday, February 4, 2009

40 tips for a better life - 2009

1. Take a 10-30 minute walk every day.... And while you walk, smile. It is the ultimate anti-depressant.

2. Sit in silence for at least 10 minutes each day.

3. Buy a DVR and tape your late night shows and get more sleep.

4. When you wake up in the morning complete the following statement, 'My purpose is to __________ today.'

5. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.

6. Play more games and read more books than you did in 2008.

7. Make time to practice meditation, and prayer. They provide us with daily fuel for our busy lives.

8. Spend time with people over the age of 70 and under the age of 6.

9. Dream more while you are awake.

10. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.

11. Drink green tea and plenty of water. Eat blueberries, wild Alaskan salmon, broccoli, almonds & walnuts.

12. Try to make at least three people smile each day.

13. Clear clutter from your house, your car, your desk and let new and flowing energy into your life.

14. Don't waste your precious energy on gossip, OR issues of the past, negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.

15. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.

16.. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a college kid with a maxed out charge card.

17. Smile and laugh more. It will keep the NEGATIVE BLUES away.

18. Life isn't fair, but it's still good.

19. Life is too short to waste time hating anyone.

20. Don't take yourself so seriously. No one else does.

21. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

22. Make peace with your past so it won't spoil the present.

23. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.

24. No one is in charge of your happiness except you.

25. Frame every so-called disaster with these words: 'In five years, will this matter?'

26. Forgive everyone for everything.

27. What other people think of you is none of your business.

28.REMEMBER GOD heals everything.

29. However good or bad a situation is, it will change.

30. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in touch.

31. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.

32. Envy is a waste of time. You already have all you need.

33. The best is yet to come.

34. No matter how you feel, get up, dress up and show up.

35. Do the right thing!

36. Call your family often.. (Or email them to death!!!)

37. Each night before you go to bed complete the following statements: I am thankful for __________. Today, I accomplished _________.

38. Remember that you are too blessed to be stressed.

39. Enjoy the ride. Remember this is not Disney World and you certainly don't want a fast pass. You only have one ride through life so make the most of it and enjoy the ride.

40. Forward this to everyone you care about.

notis penutup: May your troubles be less, May your blessings be more, May nothing but happiness come through your door for 2009!

Tuesday, February 3, 2009

Study oh study...

rasa sekejap dah habis bulan Januari...masuk pulak bulan Feb..cepat sungguh masa berlalu....mungkin aku rasa cepat sebab bulan ni ade exam...


exam AIS pada 15 Feb....dan FM pada 21 Feb....memang aku x ready lagi utk exam ni....nak kata bz, bz jugak...tapi entah la...rasa cam x cukup masa je...tapi ape pun, masih ade masa lebih kurang 2 minggu ni utk study...tapi kena study hard la, x leh study smart..he he..

Imbasan result bagi menaikkan semangat diri sendiri...

Financial Accounting 1 aku dpt - A

Economics aku dpt- B

Statistics aku dpt - A

Financial Accounting 2 aku dpt- A

Management Accounting 1 aku dpt- B

Auditing aku dpt - B

ni paper2 yg aku dah amik...ade lagi 6 paper yg nak dihadap sebelum habis study bulan Jun ni...so far aku dah dpt 3A dan 3B.klau boleh nak maintain dpt A atau B je...insyallah...

notis penutup: apepun cuba yg terbaik kan..