CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Learn Live Hope

Monday, April 20, 2009

MSAM 2009

Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) merupakan agenda tahunan negara yang berjaya meraih penyertaan ramai pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat. Pada tahun ini, genaplah 10 tahun penganjuran MSAM. Idea mengadakan MSAM secara tahunan adalah berikutan kejayaan penganjuran Minggu Pelaburan Bersama PNB pada tahun 1999.

Sejak diperkenalkan pada 20 April, 2000 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, MSAM berjaya menarik penyertaan lebih satu juta pengunjung dengan catatan 60,000 pengunjung semasa di PWTC. Tahun berikutnya, MSAM telah menjelajah ke beberapa buah negeri, iaitu di Kota Bharu, Kelantan (2001 – 190,000 pengunjung), di Alor Star, Kedah (2002 – 160,000 pengunjung), di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur (2003 – 85,000 pengunjung), Kepala Batas, Pulau Pinang (2004 – 200,000 pengunjung), Seremban, Negeri Sembilan (2005 – 155,000 pengunjung), Kuala Terengganu (2006 – 255,000 pengunjung), Kuantan, Pahang (2007 – 200,000 pengunjung) dan Melaka (2008 – 249,000 pengunjung).

Tahun ini, MSAM berlangsung di Padang B, Plaza Angsana, Johor Bahru dan bersempena dengan penganjurannya yang ke-10 tahun, MSAM kali ini ditampilkan dengan tema “Peneraju Pendidikan Pelaburan”.
MSAM 2009 akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 20 April, 2009, manakala majlis penutup akan disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 27 April, 2009.

Berteraskan penyertaan dan sokongan menyeluruh semua pihak yang terlibat dalam industri unit amanah, termasuk kerajaan negeri, syarikat-syarikat Kumpulan PNB, badan-badan kawal selia, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta pihak media, MSAM diterjemahkan melalui kaedah ‘interaktif dan kreatif’, menggabungkan pameran dan aktiviti-aktiviti yang berteraskan pendidikan pelaburan dan hibur didik.

Melalui MSAM, masyarakat didedahkan tentang “faedah-faedah besar pelabur” menerusi pemilikan ekuiti oleh PNB dalam syarikat-syarikat unggul dan strategik yang merupakan peneraju pelbagai sektor ekonomi utama negara. Kelebihan atau faedah ini mampu ditawarkan oleh PNB sebagai antara institusi pelaburan terpenting negara. Objektif utama penganjuran MSAM ini adalah untuk menyalurkan sebanyak mungkin maklumat tentang pelaburan dan perancangan kewangan kepada rakyat Malaysia supaya mereka bijak mengurus kewangan mereka. Dalam erti kata lain, untuk melahirkan lebih ramai PELABUR BIJAK dalam kalangan rakyat Malaysia. Di samping itu, para pengunjung berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti berkonsepkan hibur didik yang diadakan setiap hari sepanjang berlangsungnya MSAM. Antara aktiviti yang dirancang adalah e-Peraduan Harian dan
e-Peraduan Utama, MSAM Walk 2009, Pertandingan Mewarna Bersama ALONG Bijak dan Program Bersama Ikon Inspirasi.

Jangan lepaskan kesempatan ini. Kunjungilah MSAM 2009!

0 comments: