CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Learn Live Hope

Wednesday, August 20, 2008

Jom Berkenalan....


Panggil aku Bie je....status berkahwin (punye husband), anak 2 org (sorang hero n sorang heroin), lahir pada 24 Julai 198.. (umur pertengahan 20-an) Asal dari Nilai, N.Sembilan. Hobi adalah membaca (x kisah la baca buku ke, majalah ke, email ke, blog ke...) Skang ni menetap di Seremban dan bekerja di Kuala Lumpur..dah 7 tahun++ aku keje kat opis ni...dan masih setia disini..(rasanye memang setia sampai akhir hayat kot..)


Salam Perkenalan pada semua....


dan inilah aku....


ini adalah suamiku..panggil hubby je..umur 30-an.Asal dari Masjid Tanah, Melaka.Bekerja di Seremban..(tu sebab la aku kena berulang-alik dari Seremban everyday).
Nota: Sila abaikan buku yg dibaca itu dan beg yang disandang itu kerana itu hanyalah lakonan semata-mata.


Dan inilah buah hatiku....yg sulung (panggil kakak je) telah dilahirkan pada 10 Oktober 2004 dan yang kedua (panggil adik je) telah dilahirkan pada 18 Februari 2007. Budak bedua ni dijaga oleh mak aku merangkap nenek diaorg dan mereka adalah sangat manja........maklumla dok ngan nenek..


Disamping menjadi isteri, mama, pekerja dan sbgnye....aku jugak merupakan sorang student part time kat UM. Aku buat Dip je....Course Accounting..semua ini dilakukan bertujuan menambah ilmu di dada dan memperbaiki hidup di masa hadapan....bak kata pepatah...tuntutlah ilmu sampai ke negara China.(tapi aku x de la nak blajar sampai negara China pun...) sementara ada kesempatan dan peluang yg ade, ape salahnye aku cuba utk menambah ilmu. Walaupun semua ini memerlukan pengorbanan dan semangat yg tinggi, aku cuba lakukan yg terbaik. Dan aku sebenarnye baru je abis exam last week.lega sungguh rasanye...


Notis penutup: eh ayat aku tu skema sangat ke?

0 comments: